Tuesday, July 28, 2009

CORAL FIVE~kisah kami III

JAULAH CAIRO

ya..kami kembali dgn kisah2 ahlul beit coral 5...now,we go on dgn kisah kami berjaulah ke cairo.. pada mulanya jaulah ni dijadualkan selepas sekembalinya kami dr alexandria,tapi ditunda.. akhirnya tarikh sudah ditetapkan lebih kurang 2 minggu selepas sem bru dimulakan.


pagi2 lebih kurang kul 7am kami berkumpul didepan kuleyyah tibb,gamaah mansurah.. adalah dalam 50++ org.. semuanya mm peeps.. jaulah kali ni lebih meriah sebab holiday bersama rakan2 seperjuangan semenjak dr kursus persediaan di UPM.. atas kasih syg Allah keatas kami,ukhwah yg terbina berpanjangan... kami berjaulah ni separuh ditaja oleh university.. kami hanya bayar LE35..setelah semua berjalan lancar,foods pun da diedarkan (kami diberi 3 shawerma firah+lahmah hot mix) kami pun bertolak ke destinasi pertama iaitu pyramid giza..

excited kemain.. selama ni tgk kat tv je tinggalan agung mesir kuno, antara 7 wonders of the world, akhirnya berjaya jugak menjejakkan kaki ke great pyramid of giza.. tp kan,kami terlupa nak bawa sun glasses, terpaksa la melilau sekeliling giza tu cari kedai spect.. akhirnya,walaupun kena tipu dgn harga mahal,sebab malas nak bergaduh dgn pak arab,kami pun belila spect kat tepi2 jalan tu je..

setelah menjejakkan 4lapisan otot tapak kaki ni ke gurun pyramid giza tu terfikir sejenak,bagaimana la org2 bani israel dahulu kala mengangkat bongkah2 batu bertan2 beratnya yg diambil jauh berkilo2meter dr giza, yg mengambil masa 20 thn utk disiapkan.. kejam sungguh firaun khufu ketika itu,asalkan tempat persemadianya siap,dia xkesa dgn kebajikan rakyat apatah lagi kebajikan org2 bawahan dan hamba2 bani israel yg tiada erti bagi mereka. anak2 lelaki dibunuh sedangkan yg perempuan dibiarkan hidup. terbayangkan betapa kejamnya firaun yg merebus keluarga masyitah,si penyikat rambut diraja~sehingga isteri sendiri asiah juga dihukum dan diseksa.. kehadiran Musa dan Harun AS juga diperlekehkan..mengggap diri sendiri tuhan.. sesungguhnya mereka memg dalam kesesatan yg nyata.. seperti yg diceritakan Allah dalam surah Taha.. kalam Allah itu maha hebat...

kat sinilah pertama kali semenjak tiba di egypt ni kami nampak UNTA.. ya..dgn perasaan yg jakon macam rusa masuk kampung,kami berebut2 nak rasa naik unta.. kononya nak ambil ibrah,rasa bagaimana perasaan menunggang unta seperti para sahabat dan Rasulullah sendiri yg menaiki unta berhijrah ke madina sepanjang tanah gurun yg gersang .. apa lagi.. seronok la pak arab tu tgk ramai tourist nak ambil khidmat diorg.. kami yg xtau ni,memang layakla kena tipu..
1 unta, jalan2 tour pyramid+spinhx semuanya berharga LE120! naik teksi nak ke suk hussin pun bru le20.. bukan pakai minyak pon naik unta.. jahat sungguh budi pekerti mereka.. memperlekehkan pelancong2 asing yg datang ke sana.. apa nak buat, da naik kena la bayar.. kesian ke izzah, ketika unta tu nak duduk, dia terjatuh dr unta tu.. tinggi la jugak,seb baik xluka teruk, kalau x, tambah lagi LE120 naik unta nak blik semula ke gate besar..

rupe2nya,xde ape pun kat pyramid ni...agaknye sebab da kena tipu dgn pak cik unta, jadi terus down mood nak jelajah pyramid ni.. sebab da jalan dgn sgt jauh,rasa xlarat nak jalan kaki dkt gurun berpasir disana, izzah dan mira pun naikla kuda pulak... sekali lagi kena tipu, tp yg ni bukan dgn ammu,dgn dak kecik darjah berapa ntah yg jadi tour guard kami.. kami mintak dir=tunkan di gate,tapi die bawak kami lalu jalan mane ntah, n then trunkan kami di belakang sphinx.. adui~seb baik adala beberapa pakcik arab kat situ tunjukkan jalan untuk kami..kalau x, tersadai la kami berdua kat gurun panas tu.. alhamdulillah, akhirnye kami antara yg paling lambat sampai kat pintu besar dan agak terlewat dr masa yg ditetapkan.. ampun pakcik,kami kena tipu + sesat td.. laps tu kan, kami sepakat xkan dah dtg pyramid lagi.. xmo dah.. merajuk.. wuwuwu.. rupe2nya bukan kami je yg kena tipu, kebanyakan yg hadir semua kata kena tipu.. wallahualam,biarlah Allah sahaja yg menghisab kebajikan mreka itu..




selepas itu kami ke cairo tower.. xmasuk duk kat luar je..mahal nak naik atas... jadinye duduk2 kat luar ambil gambar je la.. cairo tower ni menara tertinggi kat cairo.. xde ape pun kat sini.. selesai solat,kami bertolak ke souq hussien@bazar khan el-khalili...

SHOPPING~

xde dalam tentatif pun nak pergi sini,so xde la bawak duit nak shopping.. pergi sini sebab cancel naik nile ferry.. so,kami pun jalan2 je la cuci mata.. adala beli sedikit buah tgn buat kenang2an.. ada yg beli jubah,abaya,perhiasan dan mcm2 lagi.. kebetulan kami ke souq hussien tu seminggu selepas kejadian pengeboman kat masjid hussien yg membunuh beberapa warga perancis.. sana sini ada polis..siap ada anjing besar mcm serigala kutub lagi.. takut gak.. kami dingatkan supaya berjaga2 da nsering bergerak dalam kumpulan. di masjid hussien,ada makan saidina hussien anak kepada saidina ali karamallahu wajhah sekaligus merangkap cucu kesayangan rasulullah... dikhabarkan ada kepala saidina hussin yg dipancung dimakamkan disana.. wallahualam.. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau..


bazar khan el-khalili@souq hussien

cairo tower

sejam disana kami pun bertolak ke sinbad (fun fair) ~yea! time for enjoy.. enjoy2 juge tp kena la juge ambil ibrah dan pengajaran.. sesungguhnya setiap amalan kita akan dihitung.. mula2 kami naik flying carpet.. masyaAllah...rasa nak tercabut coronary artery kami.. dah turun pun rasa ruh belum masuk betul ke dalam badan.. takut sungguh.. slepas tu,kami masuk umah hantu.. huhu.. hantu arab xseseram hantu malaysia.. tp kita wajib percaya akan kewujudan nya.. kewujudan syaitan dan iblis.. mereka adalah penyesat anak adam sehingga hari kiamat.. mcm2 jugakla yg kami main.. setiap permainan kena bayar 5le.. antara kenangan yg paling melucukan adalah ketika menaiki ape ntah name die.. yg penting die mcm satu bowl yg besar,pastu kami berpusing2 kat dalamnye.. nak jadikan cerita,izzah dan mira bergolek2 kat dalam tu. hehehehe.. hanya yg berada ditempat kejadian yg dapat merasai betapa kelakarnye waktu itu... shhhh...jgn cerita kat org lain..hik3




malam tu dalam lebih kurang pukul 10mlm kami pun bertolak pulang ke mansoura.. semoga ukhwah yg terbina akan semakin utuh hingga keakhirnya..insyaAllah

CORAL FIVE~kisah kami II

WINTER IS COMING!!!

untuk pertama kali dalam hidup kami,kami dapat rasa suasana winter di bumi Allah ini.. waaa~sejuk..cakap pun sampai keluar asap.. dugaanya ialah, izzah dan dila student manchester ada final exam pada winter manakala miera,aniss,nad ada midsem exam~ berbungkus kami study..hihi.. alhamdulillah natijah exam juge memberangsangkan.. masing2 najah dalam exam..

yea! boleh holiday dgn senang hati~alhamdulillah

seronok kami tour egypt tyme winter break 08/09.. mula2 kami jaulah ke dumiyat..
tempat pertembungan antara air tawar(delta sg.nil) dan air masin (mediterranean). cantik sgt dumiyat~kawasan perumahannya juge lebih terancang dan bersih.. kami ke tepi pantai,memungut kerang2an.. kami juge ada singgah ke kebun limau dan kebun sayur berdekatan~ rasa macam kat jejudo ngan ju yoo rin mcm dalam cite mygirl tu.. haha..
kubis kat sini,,subhanallah,besar 3-4 kali ganda dr kubis kat msia.. tyme winter byk buah strawberry.. kalau kat msia, sekilo strawberry amatlah mahal dan hanya boleh didapati di cameron je, kat sini sekilo strawberry hargenye LE2.. lebih kurang rm1.50.. mcm xcaye je.. slame ni ingatkan mesir kering kontang..ada pokok kaktus je.. rupenye subur dgn berbagai2 tumbuhan disepanjang sg nil. hebat sungguh ciptaan Allah~


ALEXANDRIA

seharian berjaulah di dumiyat,mlm itu kami bertolak ke alexandria..akibat letih berjalan seharian semua pakat tidur dalam tremco sepanjang perjalanan.. kami tiba di alexandria salam lebih kurang pukul 2pg.. rupe2nya kami tersalah turun! tawakkal je masa tu.. dah la pagi buta,kami 7perempuan+2musyrif tersadai kat mauaf gadid,alex depan airport.. akhirnye kami la pon naik cab ke destinasi yg sepatutnya ..kami dicharge sgtla mahal.. xpela.. asalkan kami selamat tiba.... mlm tu kami menginap di rumah sahabat,shima.. syukran shima sanggup melayan kami walaupun kamu masih dalam fatrah exam masa tu.. uhubbuki fillah~

esoknya...TIME FOR HOLIDAY.. pagi2 kami da bgn..terus ke ma'moora.. kami sewa basikal keliling satu ma'moora.. huhu..seronok..da lame xcycling kn.. tetibe dapat basikal, kat overseas plak tu..kinda jakon jugak la masa tu.. selepas tu,kami jalan2 hidup udara segar di tepi pantai mediterranean, xberhenti2 lidah kami mengucapkan subhanallah,maha suci Allah, cantik sungguh bumi Allah ini~terpegun dgn kebiruan laut mediterranean, putinye pesisir pantainya.. memang saujana mata memandang.. "tertanam dalam hati,suatu hari nanti,insyAllah aku akan bawa family aku pulak kesini.."

lebih kurang 2jam di ma'moora,kami singgah King Farouk Castle.. sekali lagi mata kami dihidangkan dengan indahnya ciptaan Allah~sungguh,wallahi, ndah sungguh permandangan di sana.. cantiknya xterucap dgn kata.. bunga2 bermacam2 warna,rumput2 menghijau,lautan nan biru, istana yg tersergam indah, xketerlaluan dikatakan sebagai syurga dunia.. cantik yang amat.. terpegun kami dgn suasana itu..apa lg,melaramla kami bergambar menyimpan kenangan untuk diceritakan kepada keluarga ketika kepulnagn ke tanah air kelak..

petang tu kami ke makam ahli sufi, ada beberapa makam yg kami lawati,,ada juge melihat org2 arab yg berjoget2.. mula2 ingat joget biasa.. rupe2nya mereka sedang berzikir memuji nama Allah sampai berkhayal berjoget2,..wallahualam~xtau la betul ke tidak ajaran mereka ni.. mlm tu kami picnic makan seafood sambil menikmati panorama malam hari ditepi mediterranean.. uhhh~sejuk duk tepi pantai malam2 hr + time winter plak tu.. xpe,pengalaman sekali seumur hidup..akan dikenang selagi hayat dikandung badan~kami pulang ke tempat penginapan dgn menaiki trem..aduh,,slow sgt trem tu bergerak,org nek basikal pun boleh potong kami.. mlm tu kitorg sewa sebuah rumah tidur ramai2 10 org..huhu..bila da penat,lena je tidur masing2..


keesokan harinya, kami ke rumah rakan miera,dihidangkan breakfast dan terus bergerak ke qaitbay citadel. kat situ ada muzium yg ada tulang ikan nun..ikan yg menelan nabi yunos as. tgk tulang mcm tu je pon kena bayar 15geneh kalau xsilap,then nak masuk citadel kena bayar 20le.
masa kat dalam ctadel,terfikir sejenak mcmane la kubu ni masa tyme peperangan dibawah pimpinan salehuddin al-ayubi hingga berjaya menakluki mesir.. sungguh berwawasan sultan itu hingga palestin yg berada ditgn tentera salib juga jauh ketgn beliau,ketgn angkatan tentera islam yg telah menaikkan semula martabat islam di asia barat~ya Allah,tempatkan mereka dikalangan org2 yg beruntung di Akhirat kelak. xde ape pun kat citadel tu,jalan2 ambil gambar dan terus keluar,,shopping! ada yg beli beg,t-shirt,gelang,mug, ada juga yg ditipu pak arab yg menaikkan harga bila melihat pelancong asing datang ke gerai mereka.. sudah menjadi lumrah, pasti ada yg terperangkap dgn jerat mereka..





tengahari itu kami bertolak ke library of alexandria yg amat terkenal itu.. kagum kami melihat beribu2 rak2 buku yg tersusun rapi didalam sebuah bangunan yg unik bentuknya..pemandangan sekitar juga amat cantik.. terdapat kolam yg jernih nan biru,ada juga tulisan2 mesir kuno didinding..



kami xlama disitu,sekadar bergambar dan pulang untuk berkemas,solat,lunch dan memulakan perjalanan pulang ke mansoura dgn menaiki bas. pada mulanya kami sangkakan kami tersilap menaiki bas,kerana hampir 4jam mansoura yg ditujui tidak kunjung tiba..tp setelah hampir 6jam perjalanan akhirnya kami tiba dimansoura..

alhamdulillah,banyak pengalaman dan ibrah yg kami peroleh sepanjang jaulah wimter break 2009..ianya xkan kami lupekan sampai bila2,kenangan bersama akhawat2 tercinta akan terbuku didalam diary hidup kami sebagai pelajar perubatan mansoura,mesir.
jika ada rezki kita berjaulah bersama lagi ya.. UHUBBUKI FILLAH~




Monday, July 27, 2009

CORAL FIVE~kisah kami

setahun sudah berlalu..banyak kenangan dan pengajaran yg dapat kami ambil iktibar untuk bekalan hari mendatang.. banyak juga memori suka duka yg dapat disimpan dalam diari hidup kami. sepeninggalan kami dr malaysia ke bumi kinanah mesir ini,dgn tujuan yg satu,menuntut ilmu dan mengharapkan redha dan rezki Allah semata...maka,kami nak berkongsi sedikit sebanyak pengalaman kami di mansoura ni.. perkh~ayat da tunggang terbalik..xpela..asalkan antunna semua faham..hihi..

5 oktober 08-ketibaan izzah,miera,nadhirah dan adila untuk pertama kali di bumi anbia ni.. kami dibawa ke Malaysian's Hall,ARMA,abasiyyah.. makan nasi lemak+teh, berehat2 sebentar, dan meneruskan perjalanan ke Mansoura

9 oktober 08-ketibaan anissa dan anis hafizah.. kami juge sempat menyambut birthday ummi(siti haniza) kat cook door~ seminggu pastu kami holiday jalan2 shopping winter coat kat port said~maklumla bru tiba,nak kecek bahasa arab pun syuwaiah2 lg..huhu.. merapu la kami..main cakap je time nak bli bju.. ammu,deh bikam?? takhfid syuwaiah! ghali awwi~haha..

adila & aniss
anis hafiza & izzahmiera & nadhirahtyme birthday ummiport said

izzah,nadhirah &anis hafiza juge sempat jaulah ke cairo bersam.. kami ke city star heliopolis.. maju dan moden juge mesir ni sebenarnya.. shopping complex die serupa je mcm midvalley,klcc,alamanda,sunway pyramid,ou yg ada kat msia.. tp harga brg2 die adui~pikir byk kali kalau nak beli...

totally spices (night at heliopolis)

awal2 dtg sini,emm,dalam sebulan mcm tu, kami dikejutkan dgn hujan ais melanda mansoura~ subhanallah...pertama kali melihat kejadian Allah seumpama itu seumur hidup,agak "jakon" la skit.. air batu berbagai saiz menghujani mansoura dalam 10 minit..petanda winter akan dtg xlama lg..excited jugakla kami,selama ni duk msia yg panas dan lembap sepanjang tahun,skrg dapat rasa 4musim..

10 disember 08~aidiladha menjelma.. pertama kali kami beraya haji tanpa keluarga disisi.. kami bergotong royong memasak juadah hari raya bersama.. nasi impit+kuah kacang+kari ayam.. raya ke-2 pula,kami adakan rumah terbuka,bergabung antara beit 2 dan beit 5 imarah orange.. bermacam2 juadah dihidangkan pada para tetamu.. spaghetti bolognies,mee kari,bubur nasi,puding roti,cocktail, fuhh,,xmenang tgn kami hr tu.. sampai ke malam ada tetamu.. kemudian kami pulak singgah ke rumah kwn2 lain yg adakan rumah terbuka juge.. seronok.. dapat kuatkan ikatan silaturrahim dgn lebih erat..PCM juge ada anjurkan majlis sambutan hr raya pelajar2 perubatan mansoura.. meriah juge.. mcm xterasa berada di luar negara.. Medic Mesir juga mengadakan korban,kenduri daging kitorg~

coral 2 + coral 5mm members~nak solat aidiladhakorban lembuselepas majlis pcm di solah mughotoh,istad gamaahantara juadah hidangan kami~

and then winter is coming! masyaAllah sejuk nyerrrr~ prnah ada sampai 4 degree celcius! ok.. next post i'll tell all about our winter break! stay tuned!

majlis perkahwinan putera abyad & puteri yonna

WALIMATUL URUS

rumah pengantin perempuan : beit muaz,hayyu gamaah
rumah pengantin lelaki : raudhah el-humairah,istad gamaah
waktu : ba'da zohor
tarikh : err...mummy lupe la =P

alhamdulillah dgn izin Allah,dapat juge mempertemukan putera kesygn kami PRINCE ABYAD dgn pemenang ratu cantik mansoura PRINCESS YONNA. hihi...

majlis berlangsung selepas solat zohor, dgn hantaran dr pihak lelaki berupa sebotol susu bakhero dan sepinggan frieskies.. majlis dilakukan dalam suasana sederhana dgn dihadiri beberapa rakan2 seperjuangan serta ibu2 pengantin.

hihi...

skema plak ayat kat atas kn... hmm..nak jadikan cerita, hari tu kami sepakat nak temukan abyad dgn yonna. sebenarnya dah lame dah berhajat nak bermenantukan yonna, tp akibat kekangan masa hajat itu terpendam dalam hati je. akhirnya setelah proses merisik, mama2 yonna bersetuju menjodohkan abyad dgn puteri kesygn mereka. kalau da jodoh xkemanakn? haha

masa yg singkat membuatkan ummi izzah xsempat nak beli apa2 hadia h untuk abyad, jadi ummi seikhlas hati menjahitkan sepasang baju untuk abyad dan yonna.. warna pink! warna tema raudhah el-humaira... xtidur malam ummi jahitkan baju kamu tau abyad, xpela.. janji esoknye, abyad nampak handsome dan selesa masa pakai bju tu, ummi da gembira.. ni ha.. gambar abyad dan bajunye..hihi



haha...maf le abyad,ummi main hentam je jahit bju kamu,,plus kamu mengacau ummi menjahit lagi, natijahnye,ini je yf termampu... xpe2,nanti ummi buatkan bju raya khas untuk kamu ye.. yg ni percubaan je.hihi

ummi izzah dan mummy miera bersama2 putera abyad bertolak kerumah pengantin perempuan selepas solat zohor..wah~kemain excited lg abyad..mcm tau2 je nak pergi berjumpa buah hati..yg xpernah pun bersua mata sbelum ni.. mcm ni la bgs.. ikut syariat .. no couple in islam! jumpe,taaruf,kalau da berkenan..ehem2.. bolehla buat kenduri pas tu.. alhamdulillah..

sampai2 je beit muadz, fuhh,,berlari abyad keluar dari sangkar die.. nampak yonna terus terpikat, bersinar2 mata,berbunga2 hati..terus lupe kat ummi izzah & mummy mira.. jatuh cinta pandang pertama la katakan.. haha.. senang kerja kami..
rasa kelakar plak tengok gelagat abyad dan yonna.. pandang2 jeling2, yg abyad jadi gentleman la konon,yg si yonna pulak malu2 kucing~jual mahal lg.. haha..


assalamualaikum,nama ana abyad,ummi ana bgtau ana nama enti yonna ye..


yonna jeling2


abyad pandang2

menjeling2 kubertentang,mata kita sama memandang~

jangan xtau kami pun ada makan beradab juge.. hihi.. family abyad+family yonna.. sedap mereka masak.. thanks tu mama shill yg masak spaghetti n blanja makan ayam panggang..n mama sya yg wat trifle utk kami..emm,yummy~rezki Allah, kalau nak dihitung xkan dapat dihitung!


usai makan, perut sudah terisi, anyad pun sedang main chenta dgn yonna, kami pun ingin berangkat pulang, meninggalkan abyad dgn isteri tercinta,yonna.. bye2 abyad, jage yonna elok2 ya.. pesan kat yonna lahirkan ummi cucu yg comel2 =)

mlm tu,ummi izzah n mummy miera sunyi xde abyad,biasenya abyad akan naik katil ummi izzah, kacau2 mummy miera.. tp mlm tu...kami berdua je dalam bilik..wuwuwu~ xpe2 esok ummi janji melawat kamu ya..

skali je,esok pagi mama syarfa kate,yonna sakit~cirit birit.. laaa...kesian yonna.. abyad! ape kamu da buat~kan ummi suruh jage yonna elok2.. hmm...melepas la kamu abyad.. lain kali kita dtg lagi ya.. sabar itu separuh drpada iman tau.. akhirnya yonna dibawa ke klinik... dan abyad pun dibawa pulang ke raudhah el-humaira dgn perasaan hampa..haha..xdapat ummi nak timang cucu ummi thn ni~uhuk3..

xpe ya abyad,kalau da jodoh xkemana..nanti ummi bawa kamu pergi jumpe yonna lagi ye.. buat masa ni bg yonna rest dlu..kesian yonna sakit.. oleh itu..BERTABAHLA ABYAD~ sesungguhnya as-sabirun itu dijanjikan nikmat yg besar diakhirat kelak...weee~

Sunday, July 26, 2009

AKU MENUNGGUMU


Dari Sang Akhwat

Wahai zaujku,
Aku mengerti kau sedang menungguku,
Aku mengerti kau merinduiku,
Namun segalanya kau tundukkan kerna kau tidak mengenal siapa aku.

Aku tau kau sedang berjuang,
Kau sedang lelah berdakwah,
Ke sana sini dengan pelbagai program dakwah,
Sehingga kadang kala kau merasa lemah.

Namun sabarlah,
Aku sedang menunggumu,
Aku juga sedang letih seperti kamu,
Kerana setianya padaku,
Aku menolak untuk terlibat dengan mana-mana aktiviti yang mengundang maksiat hati,
Aku menolak bicara dan pelawaan mana-mana yang bukan mahramku,
Kerana perasaanku telah aku simpankan untukmu,
Walaupun aku tidak tahu siapakah kamu.

Zaujku,
Persiapkanlah dirimu dengan ilmu,
Kerna, aku mendambakan seorang zauj yang mampu mendidikku dan anak-anak kita nanti, Bukan paras rupa semata-mata.

Didiklah aku agar sentiasa tegar dalam mujahadahmu.

AKU SEDANG MENANTI DIA

Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah

Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa

Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari

Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri

Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia

Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana..

Dia pilihan ku..




Saturday, July 25, 2009

currently addicted to this song~


AMA ZILNA-BENAMMI

Approaching God with our hearts

No fear nor grief for whom He guides
His rope is strong and will never waver
His provision is there for all who are in need

In every place, at every time
Above you is The Glorious Caretaking Lord
In every place, at every time
You have a Lord who loves you and will never forget you

Do we know our Lord?
Do we see our Lord’s blessings?
Do we know our Lord?
Do we thank Him… or have we forgotten..
that His servants… we are

In His Dominion we exist for as long as He wills
And we call upon His bounty through prayer
And seek His favors through hope
For He is our refuge when difficulty strengthens its hold

In every place, at every time
Above you is a Gloriouscare Taking Lord
In every place, at every time
You have a Lord who loves and will never forget you

Do we know our Lord?
Do we see our Lord’s blessings?
Do we know our Lord?
Do we thank Him… or have we forgotten..
that His servants… we are

My heart is Allah’s,
My soul is Allah’s
My wealth is Allah’s

Wednesday, July 22, 2009

Aurat Wanita Dari Al-Quran Dan Hadis



1. Bulu kening
Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

4. Dada
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

5. Gigi
'Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.'
(Riwayat At-Thabrani)

"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah"(Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Muka dan Tangan
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).


7. Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

8. Mata
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31).
Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

9. Mulut (suara)
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."
( Al Ahzab: 32).

Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).

10. Kemaluan
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "(An Nur : 31).
"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar).
"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).

11. Pakaian
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Al Ahzab : 59).


12. Rambut
-"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).