Wednesday, August 5, 2009

sursur!!!

pada suatu malam yang sunyi dan hening...sedang miera lena dibuai mimpi, izzah pula sedang membaca buku kegemaranya,dek mata yang susah sangat nak lena..

........tiba-tiba.......

LIPASSSSSS!!!


uhuk3.. ada seekor makhluk ciptaan Tuhan yang maha pencipta,sedang bergerak2 dengan senang hati didinding bilik kami.. ape lagi terlompatlah izzah.
miera pulak sedang dibuai mimpi2 indah..kerana takut,izzah pun memanggil2 miera...

"miera....miera...bangunla..ada lipas. tolong...ore takut lipas...miera,bangunla,,bangunla.."
namun tiada jawapan

sekali lagi izzah mengejut roomate kesayangan nye tu..

"miera...miera,bangun..ada lipas,tolongla halau.."
jawapan nye sunyi sepi manakala lipas tadi sedang berjalan2 mengintai2 macam stalker
sekali je lipas tu terbang!

"MIERA!!!!BANGUN!!! ADA LIPAS!!! TOLONG!!!"
terkejut miera lalu terus dia bangun..hahaha..macam ape ktorg terjerit2..dah la tengah2 malam..
xpasal2 baba n mama dengar..abihla kalau die turun bawah..

terus miera ambil penyapu..dengan harapan dengan sekali ketuk innalillah la lipas tu..skali je die terbang lagi..riuh rendah bilik kami sampai izzah berlari keluar.. aniss yang sedang menelaah pelajaran pon terus kluar dari bilik dek hiruk pikuk.bising2 macam kena langgar garuda..hihi..

macam ape kami bertiga ketakutan hanya kerana seekor serangga berwarna hitam berukuran kira2 5cm tu..untuk menunjukkan kemachoan diri,izzah pun dgn berani nye membawa sebatang penyapu,lalu mengetuk lipas tersebut...aik??xmati jugak?? tapi lipas tu berjaya dibawa tutun..
tiba2...datang seekor hero kesayangan kami..MR ABYAD.. agaknye die pon terkejot apsal ummi2 die bising2 malam buta.. haha.. dan terus bulat mata die apabila terlihat seekor lipas menari2 didepan mata.. "YUMMY~sedap ni kalau masak gulai.." abyad berkata.hehe..

lalu kami pun menyerahkan tugas yang xselesai tu kepada bodyguard kami..abyad.. nasebla kau lipas,abisla kau dikerjakan Abyad hari ni.. hahaha..




moral value : sesungguhnya lipas itu juga ciptaan Allah.. walaupun kita geli,xsuke..yek! tapi pasti ada sebab mengapa Allah mencipta lipas dan mengapa lipas suka hidup dikawasan perumahan2 dan tempat2 yang berpenghuni..
p/s-bilik kami bersih dan kemas tau..hehe..lipas tu tersesat jalan agaknye

Sunday, August 2, 2009

ku merindu~


di satu sore...hati ini terkenangkan sahabat2 lama.yang dah lama xbercontact, tautan ukhwah yang terbina bagaikan terlerai satu persatu,, hmmm... aku xtau dimana silapku, adakah langkahku tempang ataupun mereka sudah serasi dengan ketiadaanku.

ya sahbiti~aku merindui kalian.

rakan2 seperjuangan di iium, kemana hilangnya kalian semua? tatkala terfikirkan kamu semua,namun,seorang pun xmemunculkan diri. sahabat2 di smkabp... sesungguhnya kenangan bersama kalian semua sering menari2 di mata dan hati.. kenangan terindah yang xkan terlupakan.. yang sudah bertapak dihati ini sekian lama..






mungkin disebabkan kesunyian diperantauan, ditambah dgn kenyataan2 Allah dalam AlQuran yang banyak berkisar ttg rakan dan saudara.. aku terfikirkan kamu semua. aku nak mintak maaf jika pemergianku kesini menyebabkan ikatan persahabatan kita renggang akibat kesibukan belajar dan kesibukan duniawi yang lain. aku xmahu ditanya diakhirat kenapa kamu didunia memutuskan silaturrahim??

aku akui, kepergian ku kesini,ke bumi penuh barakah,bumi kelahiran pemilik kitab taurat, musa dan harun, banyak merubah diriku yang dulu terhanyut dgn arus dunia. hingga lupa pada pencipta,yang selayaknya diagungkan dan bertakhta dihati2 manusia.. namun,aku xmahu ia dijadikan benteng antara kita..

kepada rakan2ku, aku seru pada kalian, muhasabahlah, renungkan semula untuk apa kita diciptakan.. adakah untuk berseronok? adakah untuk pulun study 24jam? menonton tayangan yang diterbitkan taghut berpengarahkan syaitan? dibuai dendangan lagu mereka hingga terlupakan Quran,zikir dan selawat kepadaNya? untuk apa semua itu? apa yang kalian peroleh?
adakah dengan semua itu kalian dapat tiket kesyurga? adakah dgn itu semua kalian dapat menginap di hotel 5 bintang di barzakh nanti? tepuk dada tanyalah iman kalian semua.. x apela terlalai sesaat,jangan kita menyesal di kemudian hari nanti..

sesungguhnya aku menyayangi kamu semua kerana Allah.. aku rindu pada kamu semua,rindu kenangan bersama,belajar bersama,bergurau,menangis,suka duka dikongsi bersama... jika Allah menyayangi ukhwah antara kita, insyaAllah ianya akan kekal ke akhirnya.. aku redha dengan ketentuanya.. satu kupinta, xapela kalian terlupa akan kewujudan aku dalam hidupmu, jangan sesekali Allah hilang dalam hati kamu semua..

UHUBBUKI FILLAH~UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA

ikhlas dari hati
safira khairina


Saturday, August 1, 2009

CORAL FIVE~kisah kami V

MA'AS SALAMAH NAD~

7 julai 09.. nad berangkat pulang ke tanah air..cuti summer telah pun bermula.. bye2 nad.. jage diri baik2.. tinggallah kami 4orang.. izzah,miera,anis and dila di beit humaira tercinta.. sama2 menjalani hidup yang mendatang dgn cubaan dan dugaan yg akan membuatkan kami lebih tabah untuk mengharungi ranjau duniawi ini..

malam 6julai tu,kami hantar nad ke istad gamaah..tremco menanti disitu.. kami heret beg besar sarat dgn hadiah2 untuk sanak keluarga di malaysia.. hari tu,ukhti2 tersayang, zumie juge balik.. "papa" bobo juge ada hadir sama.. uhuk3.. sedey melihat kepulangan mereka.. maaflah,xdapat hantar ke airport. insyaAllah kepulangan kamu ke mesir nanti kami usahakan menjemput kamu di airport ya.. insyaAllah~kami juga menghadiahkan nad sejambak bunga tanda kasih dan sayang kami pada mu nad! uhubbuki fillah~


kepada nad n zumie,,take care of urself.. gembira2 juge dapat kembali melihat wajah2 insan tersayang..namun Allah jangan dilupa.. hati antunna jgn dibiarkan kering.. tetaplah menyiramnya dgn siraman iman,jangan sesekali dibiar diracuni maksiat2 dan dosa antunna sendiri.. rindu kamu~jangan lupa kami disini!!!

tika terkenang waktu kelamku~ku mohon kekuatan dari Mu



Saat ku tercari-cari cahaya hidup
Ku lihat sinar menyuluh dari permukaan
Lantas ku gagahi tangan mencapainya

Namun ku bingung
Makin ku gapai, makin ku tenggelam
Terusku dihanyut semakin jauh
Oleh derasnya arus hidup dunia yang fana
Sinar dambaan makin kabur dipisah jarak
Makin payah untuk dimiliki
Hanya melambai-lambai tanpa simpati
Hati gusar bercampur pilu
Menjerit-jerit minta diselamatkan

Namun saat pandangan mulai gelap
Nafas makin sesak di dasar lautan hidup
Dan jiwa mulai merintih kata putus asa
Ku terasa tangan ditarik lembut
Lantas bibir kering mengukir senyum
Bahagia kerana masih ada yang mendengarkan
Tatkala itu jua
Cinta mulai berputik
Pada Sang Dia yang memberiku nafas baru

Tapi hampa bertandang saat mata hati dibuka
Kerana tiada kelihatan Sang Dia di hadapan
Untuk memimpin ku menyusuri tebing dunia yang curam
Butir-butir jernih mula menghujani pipi
Bimbang diri terjatuh dan dihanyut lagi
Oleh ganasnya gelora hidup

Namun saat itu jua kudengari
Bisikan memujuk diri
Memberitahu Sang Dia dekat di hati
Akan sentiasa mengawal serta mengawasi
Apabila ku mula terleka
Dibuai kejamnya bayu dunia
Jua menyuruh hatiku yang merindu agar bersabar
Menunggu waktu ditetapkan
Tatkala hijab antara aku dan Sang Dia dibuka

Kini baru diri mengerti
Cahaya yang dicari selama ini
Amat dekat denganku..terlampau dekat
Ianya ada di sudut sukmaku
Tidak pernah menjauh walau sedetik
Kerana cahaya hidupku itu adalah Sang Dia

Dan baru ku sedari
Cahaya yang menyinari dan cuba ku gapai awalnya
Cumalah dari sinar sang mentari duniawi
Yang hanya setia mengiringi diri di siang hari
Tetapi pasti hilang di keheningan malam

Wahai Sang Dia
Hatiku telau Engkau curi dengan kerelaanku
Menetaplah Engkau di sana menemani setiap denyut nafasku
Agar bisa menjadi penghalang
Bila hati mendambakan kejahatan
Agar diri selalu merindu dan takutkanMu
Tatkala mengimbas dosa kerana mengejar sinar sang mentari
Agar ketenangan sentiasa milikku
Kerana hanya dengan mengingatiMu ketenangan akan mendekatiku..

Dariku Untuk Mu Kekasihku,
tulus ikhlas kumencintaiMu
Engkaulah destinasiku,
Destinasi cintaku yang sebenar

..........................

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku..Ya Allah...

kupohon redha dan kasihMu
safira khairina

CORAL FIVE~kisah kami IV


PERUBATAN'S SPORTS DAY 09.

Salam alaik~ kenapa cite pasal ni ek? sebab...semua ahli bait except dila terlibat dalam program anjuran PCM ni. watak utamanya adalah izzah.. izzah dilantik mejadi setiausaha kehormat PERUBATAN'S sports day ni. program ni adalah gantian bagi family day perubatan yg xdapat dilangsungkan atas sebab2 tertentu.. semua ahli perubatan@pelajar2 medic malaysia seluruh mesir menghadirkan dri..hampir 1000orang.. Bumi Mansoura dibanjiri org2 malaysia pada hr tersebut..

berlangsung pada 6Mac2009 bertempat di istad gamaah mansurah, pelajar2 hadir dgn pakaian tema yg ditetapkan muhafazah masing2.. pelajar2 dr cairo uni,ain shams n al-azhar yg mewakili muhafazah kaherah datang dgn tema biru,muhafazah iskandariah dgn warna hijau,muhafazah tanta dgn pakaian hitam,muhafazah zaqaziq dgn warna ungu,manakala dari mansoura sendiri dibanjiri dengan warna merah membara semangat berapi...heheh..

credit to izzah (mansoura) n aizah (zaqaziq)


Miera,aniss,nadhirah n nadia jadi wakil team paramedic akhawat.. time ni la nak tunjuk skill sebagai bakal doktor..hihi..practis make perfect kn.. kehulu kehilir bawa first aid kit. seb baik xramai yg cedera.Alhamdulillah.. program berlangsung sampaila ke malam hr dgn majlis penutup dijalankan di dewan hafiz,kuleyyah tibb,gamaah mansurah. Mansoura dinobatkan sebagai juara. miera and nadhirah dapat hadiah gak..diorg dapat teka berat beras dgn tepat. haha.. tahniah ye miera n nad.. "terernye korang" ngeh3...