di satu sore...hati ini terkenangkan sahabat2 lama.yang dah lama xbercontact, tautan ukhwah yang terbina bagaikan terlerai satu persatu,, hmmm... aku xtau dimana silapku, adakah langkahku tempang ataupun mereka sudah serasi dengan ketiadaanku.
ya sahbiti~aku merindui kalian.
rakan2 seperjuangan di iium, kemana hilangnya kalian semua? tatkala terfikirkan kamu semua,namun,seorang pun xmemunculkan diri. sahabat2 di smkabp... sesungguhnya kenangan bersama kalian semua sering menari2 di mata dan hati.. kenangan terindah yang xkan terlupakan.. yang sudah bertapak dihati ini sekian lama..





mungkin disebabkan kesunyian diperantauan, ditambah dgn kenyataan2 Allah dalam AlQuran yang banyak berkisar ttg rakan dan saudara.. aku terfikirkan kamu semua. aku nak mintak maaf jika pemergianku kesini menyebabkan ikatan persahabatan kita renggang akibat kesibukan belajar dan kesibukan duniawi yang lain. aku xmahu ditanya diakhirat kenapa kamu didunia memutuskan silaturrahim??
aku akui, kepergian ku kesini,ke bumi penuh barakah,bumi kelahiran pemilik kitab taurat, musa dan harun, banyak merubah diriku yang dulu terhanyut dgn arus dunia. hingga lupa pada pencipta,yang selayaknya diagungkan dan bertakhta dihati2 manusia.. namun,aku xmahu ia dijadikan benteng antara kita..
kepada rakan2ku, aku seru pada kalian, muhasabahlah, renungkan semula untuk apa kita diciptakan.. adakah untuk berseronok? adakah untuk pulun study 24jam? menonton tayangan yang diterbitkan taghut berpengarahkan syaitan? dibuai dendangan lagu mereka hingga terlupakan Quran,zikir dan selawat kepadaNya? untuk apa semua itu? apa yang kalian peroleh?
adakah dengan semua itu kalian dapat tiket kesyurga? adakah dgn itu semua kalian dapat menginap di hotel 5 bintang di barzakh nanti? tepuk dada tanyalah iman kalian semua.. x apela terlalai sesaat,jangan kita menyesal di kemudian hari nanti..
sesungguhnya aku menyayangi kamu semua kerana Allah.. aku rindu pada kamu semua,rindu kenangan bersama,belajar bersama,bergurau,menangis,suka duka dikongsi bersama... jika Allah menyayangi ukhwah antara kita, insyaAllah ianya akan kekal ke akhirnya.. aku redha dengan ketentuanya.. satu kupinta, xapela kalian terlupa akan kewujudan aku dalam hidupmu, jangan sesekali Allah hilang dalam hati kamu semua..
UHUBBUKI FILLAH~UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA
ikhlas dari hati
safira khairina







No comments:
Post a Comment